Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 6.43 petang.

Katanya, semasa pihaknya sampai di lokasi kejadian, didapati kemaluan mangsa telah tersepit di celah kerusi plastik berkenaan.

"Operasi mengeluarkan kemaluan mangsa segera dilakukan dengan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan diberikan rawatan segera oleh Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS). Operasi tamat pada pukul 7.18 malam," katanya. - UTUSAN ONLINE