Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ujarnya, dalam kejadian terbabit, kereta Perodua Kancil yang dipandu lelaki berusia 65 tahun itu dari arah ibu negara menuju ke Pantai Baru.

“Mangsa yang cedera ringan kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian.

Jelasnya, setakat ini, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE