Menurut jurucakap bomba, dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 63 tahun turut cedera pada bahagian muka, tangan dan kaki.

“Bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 1 tengah hari dan ketika tiba di tempat kejadian, kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya oleh orang awam.

“Kedua-dua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya. - UTUSAN ONLINE