Kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi itu menyebabkan mangsa, Tan Choon Wah, 65, mati di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah kereta di lorong kanan jambatan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Timut Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE