Mangsa yang dikenali sebagai Kamadevi, 60-an, ditemukan di tangga banglo berkenaan dalam keadaan terduduk oleh anggota bomba yang melakukan operasi menyelamat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, tiga penghuni lain berada dalam keadaan kritikal manakala dua lagi hanya me­ngalami sesak nafas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirud­din Drahman berkata, mangsa tinggal di banglo berke­naan bersama empat ahli keluarga dan seorang pembantu rumah.

“Kita terima panggilan pada pukul 4.11 pagi sebelum menghantar anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Seputeh ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Khiruddin, pasukan bomba terpaksa memecahkan pintu banglo berkenaan bagi menyelamatkan kesemua penghuni tersebut.

“Kebakaran dipercayai bermula di bahagian ruang tamu tingkat bawah banglo tersebut dan berjaya dikawal pada pukul 4.46 pagi.

“Mayat warga emas serta mangsa yang terselamat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya,” katanya sambil memberitahu punca kejadian masih dalam siasatan.