Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, Low Tze Hian, 64, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian itu, isteri dan anak perempuan mangsa masing-masing berusia 62 dan 25 tahun hanya mengalami cedera ringan.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka dalam perjalanan dari Miri ke Bintulu hilang kawalan ketika melalui satu selekoh tajam.

“Susulan itu, menyebabkan kereta mereka terbabas dan terbalik di pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Alexson, mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. - BERNAMA