Mangsa Sabon Ola, 82, disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tawau selepas dikejarkan ke hospital berkenaan menggunakan kenderaan Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) kira-kira pukul 12.52 pagi tadi.


Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, siasatan awal mendapati sebanyak 60 buah rumah setinggan terlibat dalam kejadian kebakaran ini.


Katanya, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.55 tengah malam, seramai 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau dikerah ke lokasi kejadian. 


“Malah sebanyak empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kunak dengan keseluruhan lima jentera bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.


“Operasi tamat pada pukul 4.03 pagi manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Utusan Online.