Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, mangsa, Supian Sulaiman, 65, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dalam perjalanan dari Sijangkang menuju ke rumahnya di Telok Panglima Garang.

"Apabila tiba di persimpangan lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan semasa mangsa cuba membelok ke kiri dan seterusnya melanggar konkrit serta papan tanda jalan di persimpangan lampu isyarat.

"Akibat daripada kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.

Tambah Azizan, pihaknya kini sedang cuba mengesan saksi kejadian selain waris mangsa.

"Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Banting dan proses bedah siasat akan dijalankan esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya. - UTUSAN ONLINE