Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa, Hamzah Aziz, 61, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah. 

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Muhamad Halim Yatim berkata, siasatan awal mendapati mangsa melanggar bahagian belakang lori yang datang dari arah Alor Setar.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, lori terbabit dilanggar motosikal mangsa yang keluar dari simpang sebelah kanan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muhamad Halim memberitahu, mangsa yang tidak memakai topi keledar itu maut di tempat kejadian manakala pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Yan untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya. - UTUSAN ONLINE