Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Wan Sulaiman Wan Ibrahim, 60, yang tinggal di Balok Baru, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurutnya, dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan naik ke bukit berkenaan mengadu sakit dada dan turun semula ke bawah.

“Apabila sampai di bawah, mangsa pengsan menyebabkan orang awam segera menghubungi ambulans untuk membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

“Pemeriksaan lanjut di wad kecemasan mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurutnya, kes diklasifikasikan mati mengejut akibat serangan jantung dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Balok di sini, petang tadi. - BERNAMA