Dalam kejadian pada pukul 1.32 pagi itu, mangsa, Mohamed Noor M. Pakeer, 62, yang duduk di bahagian penumpang hadapan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemandu kenderaan itu yang merupakan lelaki berusia 34 tahun dilaporkan tidak mengalami seberang kecederaan.

“Kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki dari arah Gat Lebuh Cecil telah melanggar sisi kiri pintu belakang kenderaan terbabit,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE