tali air di Jalan Pda 6 Jalan Sanglang-Kodiang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.50 pagi setelah mangsa bersama ibu, Aishah Saari, 80, dan saudara mereka, Che Hasnah Ahmad, 60, dalam perjalanan ke rumah abangnya di Kampung Tok Kepak di sini.

“Setiba di tempat kejadian apabila hendak masuk simpang sebelah kanan kenderaan dipandu Che Hasnah terus terbabas lalu masuk ke dalam tali air. Terdapat tiga orang

dalam kenderaan itu termasuk ibu mangsa.

“Pemandu dan penumpang belakang selamat dan dibawa ke Hospital Jitra untuk rawatan sementara Che Wa yang duduk di hadapan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya

di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE