Dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa, Mohd. Ali Simek, 67, yang merupakan peneroka di Felda Lui Barat di sini disahkan meninggal dunia di Hospital Jempol.

Penunggang sebuah lagi motosikal iaitu pelajar berusia 14 tahun, patah bahu kiri dan cedera di tangan dan kaki.

Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku semasa kedua-dua motosikal yang datang dari arah Ayer Hitam menuju ke Serting Ulu.

“Apabila sampai di simpang tiga, motosikal yang ditunggang pelajar terbabit cuba memotong motoskal mangsa. Bagaimanapun, mangsa telah membelok ke kanan lalu dilanggar motosikal remaja berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Noorzainy berkata, pemeriksaan mendapati remaja tersebut tidak memiliki lesen memandu kerana masih di bawah umur dan cukai jalan motosikalnya telah tamat tempoh. - UTUSAN ONLINE