Mangsa, Che Lon Ishak, 81, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu. 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Arshad Abu berkata, van dipandu lelaki warga emas berumur 65 tahun itu dalam perjalanan ke Kesang di sini sebelum terlibat dengan kemalangan tersebut.

"Mangsa dipercayai tercampak kira-kira dua meter akibat rempuhan itu dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE