Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi ini, penumpang Perodua Kancil, Che Halimah Che Man, 70, yang berasal dari Kampung Tok Nek Palekbang meninggal dunia di lokasi nahas akibat cedera parah di kepala dan badan.

Pemandu Perodua Kancil, Asmawi Abdul Razak, 39, patah paha kanan, cedera di lutut kiri dan luka di kepala manakala pemandu Perodua Viva, Muhammad Amerul Hafiz Md Fauzi, 24, cedera ringan.

Menurut jurucakap polis, kemalangan itu dikatakan berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Amerul Hafiz dari arah Kota Bharu menuju ke Tumpat hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Kancil.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE