Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, lelaki berusia 60 tahun berkenaan ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap di dalam rumahnya itu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.46 tengah hari dan jentera pertama tiba pada pukul 1.18 petang.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kampung. Terdapat seorang lelaki berusia 60 tahun terperangkap dalam kebakaran berkenaan dan didapati meninggal dunia.

“Operasi memadamkan kebakaran adalah terkawal,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE