AHMAD ZABIDI ABDUL RASHID
AHMAD ZABIDI ABDUL RASHID

Mangsa, Ahmad Zabidi Abd. Rashid, 67, meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat dua balkoni rumah berkenaan ketika cuba melompat ke bumbung rumah anaknya yang terletak bersebelahan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.20 pagi sebelum menghantar dua jentera pemadam api ke tempat kejadian.

“Ketika kejadian, hanya mangsa dan isterinya berada di rumah, manakala anaknya tinggal di rumah sebelah.

“Isteri mangsa berjaya disambut anak lelakinya, namun mangsa terus terjatuh dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE