Mangsa, 61, yang merupakan bekas pekerja loji berkenaan ditemukan orang ramai sebelum dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Alhafiz Asmuni berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.02 petang.

Katanya sepasukan lapan anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi untuk mencari dan menyelamat mangsa lemas.

“Bagaimanapun ketika pasukan penyelamat tiba mayat mangsa bagaimanapun telah dibawa orang awam ke tebing,” katanya.

Jelasnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - UTUSAN ONLINE