Pasukan bomba dan penyelamat menemukan mangsa, Bujang Abdullah, 63, dari Kampung Sungai Bedil Besar dalam keadaan terapung kira-kira pukul 5.35 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Tiong Ling Hii berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira lima meter dari tempat dia dilaporkan hilang semalam.

Katanya, mayat mangsa masih sempurna, namun cuma terdapat sedikit kecederaan pada anggota badan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Pangkalan Panjang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari kedua ditamatkan sepenuhnya pada pukul 6 petang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE