Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa berusia 72 tahun itu dikesan hilang oleh anaknya selepas tidak pulang ke rumah pada pukul 8 malam tadi.

Katanya, anak mangsa memberitahu warga emas berkenaan menghidap penyakit darah tinggi dan kekejangan urat saraf.

“Operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan malam tadi menemui sampan dinaiki mangsa hanyut kira-kira 300 meter dari tempat permulaan memancing.

“Operasi tersebut diteruskan hari ini pada pukul 7.30 pagi tadi,” katanya menerusi satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE