Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Abd. Satar Monel berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian pukul 1.26 petang.

"Mangsa dikatakan terjatuh ke dalam lubang sedalam tiga meter yang digali oleh sebuah syarikat membuat jubin.

"Mangsa yang berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba 40 minit kemudian dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE