Dalam kejadian pukul 7.10 malam itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pudu, Mohd. Zain Abdullah berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu telah dikerahkan ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa.

“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dengan mengangkat jentolak tersebut menggunakan kren. Setakat pukul 8.45 malam ini kerja-kerja mengeluarkan mangsa masih lagi berjalan,” katanya di sini. - UTUSAN ONLINE