Dalam kejadian kira-kira pu­kul 3.20 petang itu, juruterbangnya, Barry Allen Foster, 66, terselamat.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, pesawat itu dilaporkan terhempas semasa melakukan operasi meracun ulat bungkus di Felda Keratong 2, Rompin.

“Mangsa bagaimanapun ti­dak mengalami kecederaan namun dibawa ke Pusat Kesihatan Tun Razak untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, pesawat ri­ngan berkenaan milik Syarikat Woorayi Air Services.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 3.20 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah dan operasi terkawal pada pukul 6.40 petang,” katanya.