Begitulah takdir yang harus ditempuhi Noor Fatihah Osman, 23, selepas suaminya yang merupakan warden pusat tahfiz itu, Mohd. Amirul Nizam Sukarno, 25, disahkan maut dalam kejadian tersebut.

Lebih memilukan, pasangan berkenaan baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Kelantan minggu lalu.

Noor Fatihah dilihat tidak berhenti menangis ketika ditemui di lokasi kejadian dan enggan ditemu bual pemberita.

Sementara itu, ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, berkata, anak saudaranya dikejutkan dengan berita tersebut kira-kira pukul 6 pagi sebelum bergegas ke lokasi dari asrama pusat pengajiannya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan.

“Selalunya dia (Mohd. Amirul Nizam) akan telefon anak saudara saya untuk kejutkan bangun subuh tapi hari ini dia tak telefon.

“Noor Fatihah juga cuba menelefon suaminya tetapi tidak berjawab. Saya tidak menyangka perkara buruk ini terjadi,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.