Dalam kemalangan kira-kira pukul 3.50 petang itu, mangsa, Ramalah [email protected] meninggal dunia selepas keretanya berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah kereta Proton Iswara.

Ketua Polis daerah, Superintenden Haslah Bachok berkata, mangsa memandu kereta jenis Perodua Kancil semasa kemalangan.

"Pemandu Perodua Myvi iaitu seorang wanita berusia 27 tahun mengalami kecederaan ringan, manakala lelaki berusia 31 tahun yang memandu Proton Iswara tidak cedera.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.

Haslah berkata, siasatan awal polis mempercayai kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang datang dari arah Ampang Tinggi menuju ke arah Kuala Pilah hilang kawalan di lokasi kejadian.

Katanya, kereta itu terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar dua buah kenderaan lain yang menggunakan laluan itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya. - UTUSAN ONLINE