Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Kamadevi, 60-an, ditemukan di bahagian tangga banglo tersebut dipercayai dalam cubaan untuk menyelamatkan diri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.11 pagi sebelum menghantar anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Seputeh ke tempat kejadian.

“Banglo tersebut dihuni mangsa bersama lima yang lain termasuk pembantu rumah dan dua remaja yang kini sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Kebakaran yang dipercayai bermula di bahagian ruang tamu tingkat bawah banglo tersebut berjaya dikawal pada pukul 4.46 pagi, bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE