Dalam nahas pada pukul 5.14 petang itu, Zhang Wenzhuo, 27, yang parah dan tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan maut di tempat kejadian.

Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu kereta yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 31 tahun serta dua warga China iaitu wanita dan lelaki yang masing-masing berusia 58 dan 87 tahun cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, ketika kejadian, kereta dinaiki kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Kangsar menghala ke Pulau Pinang.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kenderaan itu dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang sebelum masuk ke dalam longkang.

"Akibat kemalangan itu, penumpang yang duduk di hadapan telah tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga yang lain dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat esok dan siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - UTUSAN ONLINE