Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam, pemandu wanita berusia 30-an itu yang sedang memandu seorang diri dikatakan mahu mengundurkan kereta jenis Proton Saga BLM itu.

Pegawai Bomba Kanan Dua, Balai Bomba Paya Terubong, Safri Ramli berkata, secara tiba-tiba kenderaan itu telah hilang kawalan disebabkan wanita tersebut menekan pedal minyak.

"Keadaan itu menyebabkan kereta wanita berkenaan merempuh dinding tempat meletak kereta pasaraya berkenaan.

"Ketika sampai di tempat kejadian, kita didapati kereta yang dipandu mangsa berada dalam keadaan 50 peratus tergantung dari tingkat dua pasaraya berbabit," katanya di sini hari ini.

Menurutnya pihak bomba menggunakan pacuan empat roda jenis Hilux untuk menarik kereta tersebut. 

"Pemandu dihantar ke hospital kerana trauma tetapi dia dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. - UTUSAN ONLINE