Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffie berkata, nahas membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu mangsa dari arah Sepang, Selangor menuju ke arah Nilai.

"Siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa di lorong paling kanan terbabas sebelum merempuh pembahagi di tengah jalan. 

"Rempuhan itu menyebabkan wanita itu tercampak keluar dari kenderaan lalu terlanggar besi penunjuk arah jalan sehingga mengakibatkan kepalanya putus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azrul Hisham berkata, mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk dibedah siasat. - UTUSAN ONLINE