Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 20-an yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala berjaya diselamatkan anggota bomba.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, mangsa turut diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil. - UTUSAN ONLINE