Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, Sim Lee Peng, 36, beralamat di Kampung Gembut, Jalan Tanjung Sedili di sini meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan cedera di badan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dari arah Kota Tinggi ke Johor Bahru masuk laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dari bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami cedera di badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Persona, Fred Anak Edin berusia 31 tahun mengalami cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

“Kes di siasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE