Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa Siti Nor Munirah Abu Bakar, 31, ditemukan rentung di bahagian bawah kediaman mentuanya itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Sharikan Bustaman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 4.33 petang dan api dapat dikawal pada pukul pada pukul 5 petang.

"Ketika pasukan bomba tiba di lokasi, rumah terbabit sudah 80 peratus terbakar, namun berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah sebelah.

"Mayat wanita itu ditemukan pada pukul 6 petang dan kita percaya mangsa telah lemah sebelum jatuh bersama lantai yang terbakar," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.

Siti Nor Munirah dan pasangannya, Abdul Mukmin Ahmad, 35, baharu meraikan perkahwinan dengan majlis sambut menantu pada Rabu lalu. - UTUSAN ONLINE