Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa Tan Mei Ai, 42, yang memandu sendirian dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar pembahagi jalan sehingga memasuki laluan bertentangan.

Akibatnya, mangsa yang berasal dari Tanjung Piandang, Perak tersepit di dalam kereta yang terbakar kira-kira 80 peratus itu dan mengalami kecederaan parah sehingga maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

“Mangsa yang tersepit maut di tempat kejadian akibat tersepit dan badannya terbakar sebelum berjaya dikeluarkan dengan bantuan bomba.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - UTUSAN ONLINE