Jurucakap bomba berkata, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya mati di tempat kejadian akibat cedera parah tersepit di tempat duduk.

Beliau berkata, pihaknya yang menerima panggilan tentang kemalangan itu pada pukul 4.16 pagi telah menghantar lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu ke tempat kejadian.

“Tiba di lokasi kejadian pada pukul 4.25 pagi, sebuah kereta Hyundai Gets berwarna kuning dipandu seorang wanita dilihat telah melanggar sebatang pokok dan hampir terjatuh ke dalam parit.

“Anggota penyelamat kemudian menggeluarkan mangsa yang tersepit untuk diserahkan kepada pasukan paramedik dari Hospital Sibu,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan sudah meninggal dunia tetapi identitinya tidak diketahui kerana tiada pengenalan diri ditemukan dalam kenderaan berkenaan. - UTUSAN ONLINE