Mangsa, Nur Syazwani Mohd Hanapi, 26, meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Muhammad Syazwani, 25, yang turut berada di dalam kereta tersebut cedera ringan.

Bagaimanapun pemandu bas dan pembantunya serta 44 penumpang yang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai selamat.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Persona yang dipandu mangsa, Nur Syazwani dari arah Kuala Krai ke Gua Musang gagal memotong sebuah treler lalu merempuh bas berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

“Pertembungan tersebut juga menyebabkan bas ekpres ini terhumban ke dalam longkang di sebelah kiri jalan,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Taufik, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat. - UTUSAN ONLINE