Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, Razmi Senan, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada.

Kemalangan itu turut mengakibatkan anak perempuan mangsa, Sanisah Saharun, 31, cedera parah di kaki manakala menantunya, Mohd. Razali Jaffar, 30, yang memandu kenderaan tersebut cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku semasa kereta jenis Suzuki Swift yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun itu dalam perjalanan menuju ke Bidor.

Katanya, kereta itu kemudiannya masuk ke laluan bertentangan dan menyebabkan kereta dinaiki empat sekeluarga itu telah terlanggar sebelum terbabas ke seberang jalan.

“Pelanggaran itu menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan di bahagian dada dan dihantar ke Hospital Tapah dengan ambulans. Mangsa bagaimanapun meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

“Cucu mangsa, Nur Farisha Eryuna Natasha Mohd. Razali berusia setahun tujuh bulan dan pemandu Suzuki Swift tidak cedera,” katanya. - UTUSAN ONLINE