Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu menyebabkan mangsa yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri maut di lokasi kejadian akibat cedera teruk pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Alza dipandu Mohd. Afami Azizan, 31, melanggar mangsa yang secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.

“Pemandu tidak sempat mengelak dan terlanggar pejalan kaki tersebut. Pejalan kaki itu kemudian terjatuh ke lorong perlahan dan dilanggar oleh kenderaan lain yang melalui kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya masih belum memperoleh sebarang maklumat mengenai mangsa kerana tiada dokumen yang ditemukan bagaimanapun pihak sudah mengenal pasti mangsa adalah seorang wanita.

“Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya.

Beliau menambah, orang ramai yang kehilangan waris atau mempunyai maklumat mengenai mangsa dan kejadian tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor William Barau Anak Jagan di talian 0193045946. - UTUSAN ONLINE