Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Nor Shahida Abd. Gani, 32, yang berasal dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan menaiki Proton Saga meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit dan cedera parah di bahagian badan.

Pemandu lori sawit yang belum diketahui identitinya pula patah kaki.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa dikatakan memandu kereta jenis Proton Saga dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai.

Katanya, ketika tiba dilokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya sehingga memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dan diseret lori tersebut sejauh kira-kira 30 meter.

"Kemalangan itu dipercayai telah menyebabkan kereta terbabit bergesel dengan lori sehingga menyebabkan tangan kanannya terputus dan terjatuh di atas jalan lokasi kejadian.

“Kita terpaksa mendapat bantuan anggota bomba bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kereta yang remuk itu," katanya. - UTUSAN ONLINE