Mangsa yang merupakan wanita berusia 20 tahun serta kanak-kanak, 3, ditemukan rentung di ruang tamu rumah terbabit dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi.

Kedua-dua mangsa yang belum dikenal pasti identiti dan hubungan ditemukan anggota bomba selepas berjaya memadam kebakaran.

Menurut jurucakap pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.08 pagi.

Katanya, dua jentera bersama 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada pukul 8.39 pagi.

“Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 9 pagi dan hasil pemeriksaan menemukan mangsa rentung di ruang tamu rumah terbabit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE