Dalam kejadian pukul 3.50 petang itu, mangsa, Noraini Nasri, 31, maut semasa mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung di sini.

Mangsa menaiki kereta jenis Toyota Avanza bersama suami dan tiga anaknya iaitu seorang lelaki dan dua perempuan berusia tujuh hingga 10 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superitenden Chong Boo Khim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 3.50 petang.

Menurutnya, kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Toyota Avanza, Hyundai Elantra dan Toyota Vios melibatkan 14 mangsa.

"Mangsa yang maut iaitu seorang wanita yang merupakan penumpang belakang Toyota Avanza bersama empat lagi indivu iaitu dua lelaki dan dua perempuan yang hanya cedera ringan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, ketika kemalangan, kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah Teluk Intan menghala ke Sitiawan.

"Hyundai Elantra pula dinaiki tiga individu iaitu seorang lelaki dan dua perempuan manakala Toyota Vios dinaiki tiga lelaki dan tiga perempuan dan semua mereka tidak mengalami kecederaan," katanya. - UTUSAN ONLINE