Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bidor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 5.26 pagi.

Menurutnya, setibanya jentera di lokasi kejadian didapati mangsa yang berusia 43 tahun terbaring di atas lantai dan mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan dan kaki.

Kebakaran itu menyebabkan ruang dapur memasak tersebut musnah sebanyak 30 peratus.

"Anggota bomba telah bertindak memakai peralatan pelindung diri (PPE) lengkap beserta alat pernafasan sebelum masuk ke lokasi kejadian bagi membawa keluar mangsa yang cedera.

"Mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut. Tong gas yang meletup itu juga telah dicari dan dibawa keluar ke tempat lapang bagi membolehkan anggota melakukan pemantauan," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE