Menurut kenyataan yang diberikan oleh wakil syarikat rakamannya iaitu FMC Music, Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Hasbullah yang menunggang motosikal bertembung dengan kenderaan lain ketika hendak pergi membeli sarapan di sekitar Setapak.

Difahamkan, Haziq telah melanggar belakang sebuah lori gara-gara hilang kawalan selepas cuba mengelak daripada berlanggar dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

Bagaimanapun, dia yang juga sepupu kepada Aiman Tino itu sedang menerima rawatan di hospital berkenaan dan berada dalam keadaan stabil, namun masih belum sedarkan diri.

Haziq adalah anak kepada bekas ahli kumpulan dangdut Eva yang popular pada 1990-an iaitu Linda dan baru sahaja melancarkan single kedua kumpulannya berjudul Terseksa. - UTUSAN ONLINE