Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Sanaulla Ashozama, 26, dikatakan cuba membantu memasang kabel kren tersebut sebelum secara tiba-tiba kabel kren itu terbelit pada bahagian lehernya.

Menurut sumber polis, mangsa tidak sempat menanggalkan belitan kabel itu mengakibatkan kepalanya terputus ketika kren tersebut bergerak.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur-unsur jenayah dalam kematian mangsa yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR),” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE


Video oleh AZMAN ASMAYATIM