Minah Daud, 84 ditemukan oleh salah seorang anaknya pada Jarak kira-kira 200 meter dari kawasan rumah mangsa semasa usaha pencarian dilakukan bersama dengan anggota Bomba.

Anak mangsa, Shahril Daud, 42 berkata, ibunya dipercayai telah keluar dari rumah pada kira-kira pukul lapan pagi kerana dikatakan mahu membuang sampah.

Bagaimanapun, katanya dia dan adik -beradik yang lain mula mengesyaki sesuatu selepas ibu mereka tidak pulang ke rumah setengah jam selepqs itu.

Shahril kata, mangsa yang mempunyai lapan anak itu sebelum memang sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kangar, Superitenden Wari Kiew mengesahkan menerima laporan kematian ini. - UTUSAN ONLINE