Berdasarkan maklumat daripada pelayar Utusan Online, tumpahan minyak yang berlaku berhampiran Gudang Tamadam itu berlaku ekoran kebocoran pada tangki sebuah lori yang membawa muatan minyak petrol.

Menurut maklumat tersebut, kejadian itu mengakibatkan pemandu kenderaan berat yang melalui kawasan tersebut mengalami kesukaran untuk mengawal kenderaan masing-masing.

Keadaan tersebut juga mengakibatkan beberapa kemalangan hampir berlaku.

Pelayar Utusan Online turut melaporkan satu kemalangan membabitkan sebuah lori berlaku di susur masuk ke Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru berhampiran susur masuk ke Lebuhraya Shahpadu.

Lori yang dipercayai terbabas lalu terbalik itu telah mengakibatkan tumpahan muatan dipercayai baja menutupi sebahagian daripada laluan tersebut.

Setakat laporan, tiada sebarang maklumat lanjut diperolehi daripada pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE