Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, nelayan tersebut, Tan Ah Seng diselamatkan oleh anggota dari Kapal Diraja (KD) Sri Indera Sakti (SIS)yang melakukan operasi di kawasan berhampiran.

Menurutnya, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.55 pagi sewaktu KD SIS berada kira-kira 30 meter dari bot nelayan berkenaan.

Katanya, semasa kejadian, dua anggota KD SIS telah terdengar jeritan orang meminta tolong dan ternampak seorang nelayan telah jatuh ke dalam laut di lambung kanan kapal.

"Anggota serta merta membuat 'loud alarm vocal' dan petugas Kuartemaster kapal yang peka dengan isyarat tersebut telah mengambil tindakan pantas dengan mencampakkan boya penyelamat dari geladak tambatan dan memaklumkan kepada Pegawai Bertugas Harian (PBH).

"PBH serta merta mengarahkan dua penyelam kapal yang berada di tempat kejadian terjun dari geladak tambatan untuk menyelamatkan mangsa," katanya.

Menurutnya kenyataan itu, mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa naik ke atas kapal sebelum diberikan rawatan kecemasan.

Katanya, mangsa yang disahkan selamat kemudiannya dibawa pulang oleh nelayan lain pada kira-kira pukul 12 tengah hari. - UTUSAN ONLINE