Video oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

Remaja berusia 17 tahun yang enggan dikenali itu sebelum ini mengikuti sebuah program di Johor Bharu, Johor dilihat menangis teresak-esak sambil ditenangkan ahli keluarga lain.

Anak perempuan mendiang, Ng Chin Shian, 15, berkata, dia tidak menyangka bapanya akan meninggal dunia apatah lagi tiada sebarang perubahan pelik ditunjukkan.

“Ayah adalah seorang yang sa­ngat penyayang dengan anak-anak dan kami semua berada dalam keadaan terkejut dengan kehila­ngannya,” katanya ketika ditemui di Hospital Serdang, dekat sini hari ini.

Mayat Mendiang dibawa keluar dari hospital pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan dibawa ke tanah perkuburan Xiao En, Jalan Kuari, Cheras, di sini.

Sementara itu, adik mendiang, Jeffry Ng, 38 turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang mengucapkan takziah kepadanya dah ahli keluarga.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku pada pukul 12.40 te­ngah malam itu apabila mendiang yang memandu kenderaan Nissan X-Trail melanggar bahagian belakang lori pencuci jalan milik syarikat Konsesi Lebuh Raya Grand Saga.

Jelasnya, kesan minyak yang terdapat di lokasi kejadian adalah disebabkan kemalangan tersebut.

“Saksi kejadian memberitahu, kereta mangsa ketika itu memotong keretanya dari lorong tengah dengan memasuki lorong kiri. Namun, mangsa tidak sempat untuk masuk semula ke lorong tengah dan melanggar bucu kiri lori milik syarikat konsesi itu yang mencuci jalan di lorong kanan,” ujarnya.