Menurut seorang pekerja warga Bangladesh di tapak projek itu yang dikenali sebagai Mohamad Bachu, 30, ketika kejadian dia sedang mengalihkan beberapa batang besi sebelum secara tiba-tiba berlaku tanah runtuh di belakang tapak projek berkenaan.

Katanya, dia terselamat kerana hanya berada beberapa meter daripada tanah runtuh namun nasib abangnya yang dikenali sebagai Nur Alam, 35, yang turut bekerja di tapak binaan sama tidak diketahui.

“Saya beredar dari tapak projek untuk mengambil besi dan selang seminit selepas itu tanah tiba-tiba runtuh.

“Ketika kejadian terdapat kira-kira 20 pekerja lain termasuk abang saya dan kesemua mereka tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE