Jurucakap bomba berkata, air naik sehingga paras satu meter menyebabkan sebuah kereta terperangkap namun tiada mangsa di dalam kenderaan tersebut.

Sementara itu, hujan menyebabkan air dari kawasan takungan di belakang Maahad Al Abbasiah, Sungkai melimpah masuk ke kawasan sekolah tersebut setelah tembok penahan yang dibina pecah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Ridzuan Bahida Baharuddin berkata, limpahan air membentuk laluan yang mengalir memasuki kawasan asrama sekolah terus ke jalan besar.

Bagaimanapun katanya, kejadian itu tidak melibatkan kerosakan struktur bangunan sekolah mahupun mangsa yang terlibat.

"Semua pelajar dan guru di sekolah itu selamat dan mereka dipindahkan ke kawasan yang tidak terjejas sementara menunggu keadaan reda.

"Anggota bomba meletakkan papan bagi mengalihkan aliran air ke tempat lain dan operasi pemantauan masih dijalankan di lokasi kejadian," katanya. - UTUSAN ONLINE