Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kebakaran pukul 3 petang itu berlaku di tingkat tiga hingga enam apartmen yang masih dalam pembinaan.

“Kita menerima panggilan kecemasan pukul 3.18 petang daripada orang ramai dan tiba di lokasi beberapa minit kemudian. Seramai 23 orang anggota bersama pegawai terlibat dalam operasi pemadaman api.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati kebakaran sedang marak dengan kemusnahan sebanyak 90 peratus. Buat masa ini keluasan kawasan yang terbakar tidak dapat dipastikan,” katanya di sini hari ini.

Jelas Mohd. Sani, kerja-kerja pemadaman api melibatkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Damansara dan Seksyen 7 dekat sini.

Tambahnya, tiada mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut dan kerja-kerja pemadaman api selesai beberapa minit kemudian. - UTUSAN ONLINE

Video dari MEDIA SOSIAL